Saturday, 27 September 2014



Liku-liku perjalanan hidupku mencari maksud cita-cita yang sebenar :
TABIKA
(TABIKA KEMAS FELDA AIR TAWAR 2)

                                                                                                                        
SEKOLAH RENDAH

(SEKOLAH KEBANGSAAN DATO ISMAIL SA’ADON)

 SEKOLAH MENENGAH

(SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AIR TAWAR)

MATRIKULASI

(KOLEJ MATRIKULASI JOHOR)


UTM
(UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, JOHOR)

Assalamualaikum, salam UTM sanjungan bangsa.

Sudah menjadi lumrah bagi seorang kanak-kanak yang sentiasa diminta oleh guru-gurunya untuk memiliki satu cita-cita. Sesuatu cita-cita melahirkan motivasi kepada kanak-kanak supaya menjadi lebih rajin dan ini sangat membantu dalam proses pembesaran mereka. 


Pada usiaku 6tahun(2001), aku telah menanam cita-cita untuk menjadi seorang doktor , juga seorang arkitek, juga seorang jurutera, juga seorang polis,  juga seorang askar,  juga seorang bomba, juga seorang guru.Terlalu banyak aku menanam cita-cita hingga aku lupa apa cita-cita tersebut dan berapa jumlahnya pada usia ini.Cita-cita aku ini sering dipengaruhi oleh dorongan guru tadika aku serta rakan-rakan sepermainan-ku. Biasalah, alam kanak-kanak memang tak boleh dipisahkan dengan hiburan dan permainan serta alam fantasinya yang tersendiri. Pada usia ini aku seperti lalang dalam memilih cita-cita, apabila jumpa kawan A dan dia ingin menjadi tentera, aku pon turut ingin menjadi tentera dan apabila jumpa kawan B dan dia ingin menjadi arkitek, aku pon turut ingin menjadi arkitek. Bergini lah sifat kanak-kanak yang tak atau belum mempunyai jati diri yang kukuh. Cita-cita itu hanya mengikut apa yang mereka lihat sahaja, tanpa mengetahui tugas pekerjaan tersebut di alam nyata.


Di sekolah rendah(2002-2007), murid-murid mula mengenal cita-cita dari aspek yang berbeza iaini mereka mula tahu pekerjaan yang akan mereka lakukan jika mereka memilih cita-cita tersebut tetapi tidak bergitu mendalam dan hanya sekadar mengenal cita-cita berdasarkan apa yang disebut oleh guru-guru dan daripada media elektronik pada ketika itu. Sebagai contoh, seorang doktor akan mengubati pesakit, seorang askar akan memegang senjata dan seorang bomba akan memadamkan rumah yang terbakar.
Pada peringkat ini, aku telah memilih cita-cita ku untuk menjadi seorang DOKTOR HAIWAN. Cita-cita murni ini muncul di dalam fikiranku ketika seorang guru bahasa menanyakan ‘apakah cita-cita kamu’ , pekerjaan ini terlintas di fikiran ku kerana aku tinggal di kampung dan terdapat banyak binatang ternakan datukku seperti ayam, itik,  lembu dan kerbau. Mungkin dengan menjadi DOKTOR HAIWAN aku boleh merawat binatang tersebut pada masa akan datang. Tetapi cita-cita ku ini tidak kekal lama, sebelum aku menduduki peperiksaan UPSR, Negara dihebohkan dengan kelahiran angkasawan Negara yang pertama dan bakal berlepas ke angkasa. Ketika ini aku sangat bersemangat dan telah menyatakan hajatku ini kepada bapaku bahawa AKU INGIN MENJADI SEORANG ANGKASAWAN.


Cita-cita ku di alam sekolah rendah terus aku bawa ke alam sekolah menengah(2008-2012). Apabila guru menanyakan berkenaan cita-cita, lantas aku akan memberitahu bahawa aku ingin menjadi seorang ANGKASAWAN. Sehingga pada suatu hari aku merasakan pilihan kerjaya ku ini terlalu fantasi dan sering ditertawakan rakan-rakan.
Oleh itu aku bertekat untuk berpaling arah dan ingin menjadi seorang ARKITEK yang berjaya dan bergaya. Kerjaya ini aku pilih kerana aku berminat mengenai lukisan dan pergiraan. Tambahan pula aku mengambil subjek kemahiran hidup ketika PMR yang memiliki elemen lukisan kejuruteraan. Tetapi seperti cita-citaku yang lain, cita-cita sebagai seorang ARKITEK tidak dapat berkekalan lama kerana sekolah ku tidak menyediakan subjek lukisan kejuruteraan sebagai subjek yang boleh di ambil dalam SPM. Oleh itu, aku telah mengambil aliran sains tulen(tetapi aku drop bio dan mengambil prinsip perakaunan) .
Pada ketika ini, semangat ku berkobar-kobar sama seperti rakan-rakan yang lain untuk menjadi seorang JURUTERA , hal ini kerana aku mengambil subjek kimia dan fizik yang merupakan asas yang perlu ada untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan.

Nasib tidak menyebelahi aku untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan kerana aku kurang minat dalam subjek kimia dan hanya mendapat gred cukup makan sahaja di dalam SPM. Namun aku terus bertekat untuk mencari kerjaya ku yang sebenar dan yang boleh membantu diriku di masa hadapan supaya aku dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa disamping dapat berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara.


Semasa di matrikulasi(2013-2014), aku telah mengambil jurusan perakaunan. Di sini bermulalah pengembaraan hidupku yang sebenar, dimana aku bertekat untuk menjadi seorang AKAUNTAN. Aku pon tak tahu kenapa kerjaya ini tidak pernah aku idamkan ketika di usia kanak-kanak dan di zaman sekolah. Mungkin kerjaya ini majoritinya di dominasi oleh kaum hawa / wanita. Namun aku terus mencuba nasibku yang ingin menjadi seorang akauntan. Ketika ini aku telah mempelajari bidang-bidang yang berkaitan ilmu pengurusan yang aku tidak pernah terfikir akan mempelajarinya dan aku telah temui ketenangan dan aku terasa ingin dan ingin mempelajari ilmu ini. Perkara asas untuk menjadi seorang akauntan adalah menguasai bidang perakaunan. Walaupun ada suara-suara sumbang yang mengatakan bawa perakaunan adalah subjek yang mudah, mereka sebenarnya salah(nak tau susah ke senang amek lah jurusan perakaunan). Hal ini kerana perakaunan melibatkan proses pembentukan, pengoperasian, sistem maklumat, pemgumpulan, pengukuran, pengrekodan, penganalisisan, pengkomunikasian, pendisplinan disamping membentuk kejujuran di dalam diri. Kerjaya yang aku pilih ini terus menjadi idaman aku kerana aku dapat menguasai jurusan ini dengan jayanya di Matrikulasi. Dan AKU BERTEKAT UNTUK MELANGKAH KAN KAKI KE ALAM UNIVERSITI SEBAGAI SEORANG MAHASISWA BERJURUSAN PERAKAUNAN UNTUK MEREALISASIKAN CITA-CITA KU SEBAGAI SEORANG AKAUNTAN YANG BERGAYA DAN BERJAYA.


Sungguh tidak ku sangka, sungguh tak ku duga, pada tanggal 31 ogos 2014, aku telah melangkah kan kaki ke alam universiti. Aku MOHD AMMARUL HAZIQ BIN SAIDIN, SHAC-SARJANA MUDA PERAKAUNAN, FAKULTI PENGURUSAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. Aku datang membawa harapan yang tinggi untuk pulang dengan membawa segulung ijazah kepada kedua ibubapa ku yang tercinta. Sekarang AKAUNTAN adalah masa dapan aku. Aku akan cuba yang terbaik untuk mencapai cita-cita ku ini dengan bersertakan usaha, doa dan tawakal.
AKU MUNGKIN TIDAK BIJAK, TAPI AKU RAJIN DAN AKU TIDAK AKAN BERHENTI UNTUK BERUSAHA MENCAPAI KEINGINAN-KU.



1 comment: